Saturday, October 26, 2019

5 Petua Untuk Hilangkan Sakit Gigi

1. Air Garam dan Limau Nipis

Pastikan limau nipis dibelah empat. Selepas itu, rebus garam, air dan limau nipis tersebut sehingga mendidih. Kemudian biarkan rebusan sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh.
Lakukan setiap hari sehingga sakit itu berkurang.

2.Gambir 

Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Selepas itu, tumbuk gambir tersebut separuh hancur. Masukkan gambir itu ke dalam gigi yang sakit kerana gambir tersebut akan megebaskan gigi. Pastikan jangan menggunakan gambir terlalu banyak kerana ianya akan mengebaskan bibir.

3.Garam and Lada Hitam

Campur garam dan lada hitam dalam kuantiti yang sama dengan beberapa titik air untuk dijadikan pes. Letakkan pes itu kepada gigi yang sakit dan biarkan beberapa minit, Pastikan lakukan ini setiap hari sehingga rasa sakit itu berkurangan.

4.Daun Jambu Batu

Terdapat 2 cara untuk hilangkan sakit gigi:
1.Daun jambu batu tersebut haruslah dikunyah sehingga mulut anda berasa kebas.
2.Rebus daun jambu batu dengan sedikit garam untuk dijadikan air kumuran.

5.Aloe Vera

Ambil isi aloe vera dan sapukan pada tempat yang sakit. Pastikan tempat yang sakit itu ditutup ataupun diselaputi dengan isi aloe vera tersebut.